Informasi Permainan Video Terkini
Mod Multi-Pemain Stardew Valley Untuk Switch Kini Di Peringkat QA

Mod Multi-Pemain Stardew Valley Untuk Switch Kini Di Peringkat QA

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Pembangun Stardew Valley melalui akaun Twitter beliau, ConcernedApe, mengumumkan mod multi-pemain untuk Stardew Valley kini sedang di peringkat Quality Assurance.

Beliau juga mengatakan, mod tersebut sudah siap dibangunkan. Namun, buat masa ini tiada tarikh yang diumumkan. Pemain di PC sudah menerima mod tersebut pada 1 Ogos lepas.

Pemain di PS4 dan Xbox One juga masih belum menerima kemaskini ini, berdasarkan perkembangan ini, kemungkinan besar versi Switch akan menerimanya terlebih dahulu. Sekarang kami cuma berharap ia juga akan disertakan fungsi rentas platform.


TIPS & ULASAN