Informasi Permainan Video Terkini
Kajian Baharu Mengatakan Permainan Video Ganas Memberi Kesan Kepada Kelakuan Remaja

Kajian Baharu Mengatakan Permainan Video Ganas Memberi Kesan Kepada Kelakuan Remaja

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Selain membazir masa, permainan video juga sering dikaitkan dengan kelakuan ganas pemain. Apabila kanak-kanak dan remaja memperlihatkan kelakuan yang agresif, ia sering dikaitkan dengan permainan video ganas yang di mainkan.

USA Today minggu ini, melaporkan satu kajian yang dilakukan The Dartmouth yang mengatakan permainan video ganas memberi kesan kepada kelakuan remaja. Kajian tersebut melibatkan 17 ribu remaja yang berumur dari 9 tahun ke 19 tahun. 24 kajian dilakukan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Jepun.

Antara perkara yang dilaporkan adalah pemain yang bermain permainan video ganas seperti Grand Theft Auto, Call of Duty dan Manhunt memperlihatkan kelakuan yang tidak baik seperti sering bergaduh dan suka memukul orang lain.

Kajian tersebut juga menyarankan untuk tidak lagi mempersoal sama ada permainan video ganas memberi kesan kepada kelakuan remaja sebaliknya memfokuskan kepada persoalan mengenai mengapa, bila dan kepada siapa ia memberi kesan.

Bagi kami, ini merupakan satu kajian daripada banyak kajian lain yang dilakukan berkenaan perkara yang sama. Setakat ini, banyak kajian tidak menjumpai kaitan tersebut. Namun kami agak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh kajian tersebut, kita harus memberi lebih fokus untuk mengkaji kepada siapa ia memberi kesan.


TIPS & ULASAN