Informasi Permainan Video Terkini
Ura-ura: Permainan Aksi Pengembaraan Baharu Berdasarkan Dunia Harry Potter Tertiris

Ura-ura: Permainan Aksi Pengembaraan Baharu Berdasarkan Dunia Harry Potter Tertiris

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Harry Potter merupakan satu nama yang gah di dalam dunia filem dan buku, namun setakat ini nama tersebut tidak besar di dalam industri permainan video.

Walaupun mempunyai beberapa permainan, namun ia bukanlah permainan yang mendapat sambutan ramai. Permua berdasarkan siri ini juga mengecewakan pada pandangan kami.

Namun, satu video yang di muat naik ke Youtube tetapi tidak disenarai, di katakan merupakan bentuk permainan untuk permainan baharu berdasarkan dunia Harry Potter membuatkan kami sangat-sangat tidak sabar untuk mengetahui mengenainya.

Berdasarkan yang ditulis bersama dengan video tersebut, permainan tersebut adalah berdasarkan dunia Harry Potter akan tetapi pada tahun 1800-an, iaitu hampir 100 tahun sebelum  kejadian di dalam cerita Harry Potter.

Selain itu, ia juga mengatakan permainan tersebut adalah permainan dunia terbuka dan aksi pengembaraan. Melalui permainan ini, pemain juga boleh menjadikan watak mereka sebagai seorang yang baik atau jahat.

Kami tidak pasti jika video tersebut adalah betul-betul dari permainan yang masih tidak diumumkan ataupun sekadar satu video animasi. Jika ia adalah satu permainan yang betul, kami menjangkakan ia akan diterbitkan oleh Warner Bros dan mungkin sedang dibangunkan oleh studio-studio mereka seperti Avalanche Software, Rockstready atau Monolith.


TIPS & ULASAN