Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan kejohanan e-sukan FIFA 19 untuk pemain secara dalam talian.
Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada FIFA 19 Global Series yang memberi peluang kepada pemain untuk mendapat mata Global Series bagi melayakkan mereka untuk menyertai Global Series Playoffs serta untuk memenangi pelbagai hadiah wang tunai dan juga peluang untuk menonton peringkat akhir UEFA Champions League di Madrid.
Bermula 6 hingga 13 Oktober 2018, pemain yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh memeriksa bahagian Events di PS4 mereka untuk kesemua peraturan dan cara menyertai. Pemenang bagi kejohanan ini akan mewakili benua ini dan akan bertanding melawan 31 pemain lain di CONTINENTAL CUP 2018 yang akan berlangsung di Paris Games Week pada 26 hingga 28 Oktober ini.
Bagi yang sekadar ingin menonton kejohanan tersebut, CONTINENTAL CUP 2018 akan distrim secara lansung di Twitch, Twitter, YouTube dan Facebook.
Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini anda boleh layari CONTINENTAL CUP 2018.