Informasi Permainan Video Terkini
The Sims 4 Versi Konsol Bakal Menerima Sokongan Papan Kekunci Dan Tetikus

The Sims 4 Versi Konsol Bakal Menerima Sokongan Papan Kekunci Dan Tetikus

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

SimGuruLegacy minggu lepas mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini permainan The Sims 4 versi Playstation 4 dan Xbox One dengan sokongan papan kekunci dan tetikus.

Tahun lepas, permainan The Sims 4 tiba secara rasmi buat konsol Playstation 4 dan Xbox One. Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain permainan tersebut melalui konsol dan menggunakan alat kawalan konsol tersebut. Namun, memandangkan permainan tersebut asalnya dibangunkan untuk PC, mungkin ramai pengguna sudah biasa dengan kawalan dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Dengan pengumuman ini, pembangun permainan tersebut mengesahkan apabila ianya dilancarkan, pemain boleh terus menggunakan papan kekunci dan tetikus secara terus melalui permainan tersebut.

Walaupun begitu, buat masa ini pembangun permainan masih belum mengesahkan sebarang tarikh kemaskini sokongan permainan tersebut. Namun, menurut mereka ianya merupakan kemaskini yang kompleks dan ianya mungkin akan mengambil masa yang lebih.

The Sims 4 merupakan permainan simulasi kehidupan yang memfokuskan pemain untuk mengawal hidup seseorang dari segi pekerjaan, rumah, makanan dan sebagainya. Ianya dilancarkan di PC pada 2014 lepas dan versi konsol dilancarkan tahun lepas. Bagi anda yang berminat, anda sudahpun boleh dapatkannya dimana-mana pengedar rasmi permainan tersebut ataupun kedai atas-talian rasmi.


TIPS & ULASAN