Fire Emblem Heroes merupakan permua berdasarkan siri popular Fire Emblem oleh Nintendo. Ia merupakan antara permua gacha yang popular.
Minggu ini, Nintendo mengumumkan yang Fire Emblem Heroes akan menerima versi Lite. Melalui versi ini, kualiti grafik dan audio berkurangan tetapi memerlukan storan simpanan yang lebih rendah.
Jika aplikasi biasa memerlukan 1.2GB, versi ini hanya memerlukan 277MB sahaja. Peranti-peranti terkini mempunyai storan simpanan yang besar walaupun harga peranti yang murah, jadi kami tidak pasti jika versi ini digunakan dengan meluas.
Namun, ia merupakan sesuatu yang baik untuk disertakan sebagai pilihan kepada pemain. Fire Emblem Heroes kini boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan Android akan tetapi tidak dikeluarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Versi ini akan tiba pada awal bulan ini.