Informasi Permainan Video Terkini
The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel I Dan II Versi Global Bakal Tiba Tahun Hadapan

The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel I Dan II Versi Global Bakal Tiba Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Sebelum ini, Nihon Falcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan The Legend of Heroes: Trails Of Cold Steel I dan II di Playstation 4 yang mana versi bahasa Jepun ianya telahpun dilancarkan Mac lepas.

Terkini, pengeluar permainan, XSEED Games menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut buat pasaran global pada awal tahun hadapan.

Selain itu, XSEED Games juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi khas dimana kedua-duanya akan dijual secara berasingan dan menyertakan bekas besi khas bersama pin permainan dan cakera muzik latar.

Menurut laporan Gematsu, kedua-dua permainan ini akan dijual dengan harga $49.99(~RM208) setiap satu.

The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel I dan II asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation Vita beberapa tahun lepas. Pada tahun lepas juga, permainan ini dilancarkan semula di PC dengan sebilangan pernambah-baikkan dan kandungan baru. Melalui versi Playstation 4, Nihon Falcom menyatakan kesemua kandungan tambahan akan disertakan sekali.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan tersebut masih belum dikongsikan dan seperti biasa, kami akan melaporkannya setelah ianya diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN