Skip to main content

Mac lepas kami melaporkan yang Playdead iaitu pembangun permainan Limbo dan Inside mengacah permainan baharu mereka. Mereka mengatakan kenyataan lanjut akan dikongsikan di GDC 2018, namun tidak banyak maklumat yang diberikan.

Minggu ini, melalui temubual bersama ComputerWorld, pengasas Playdead Arnt Jensen mengatakan permainan tersebut bertemakan sains fiksyen yang berlaku di planet lain. Beliau juga mengatakan untuk masa ini ada 40 orang yang terlibat di dalam pembangunan.

Namun, buat masa ini permainan tersebut masih di peringkat awal dan berharap boleh di mainkan secara dalaman bermula tahun hadapan.

Dengan perkembangan terbaru ini sudah semestinya membuatkan kami makin teruja akan tetapi kemungkinan besar ia akan dikeluarkan sekurang-kurangnya tahun 2020 jika tidak lebih lambat.

Leave a Reply