Informasi Permainan Video Terkini
Dragalia Lost Mencatat Pendapatan Yang Rendah – RM14.5 Juta Dalam Masa 5 Hari

Dragalia Lost Mencatat Pendapatan Yang Rendah – RM14.5 Juta Dalam Masa 5 Hari

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Dragalia Lost merupakan permua terbaru yang dibangunkan oleh Cygames dan diterbitkan oleh Nintendo. Menutur laporan dan anggaran oleh Sensor Tower, permua tersebut mencatat pendapatan sebanyak $3.5 juta(~RM14.5 juta) dalam masa 5 hari.

Jika dibandingkan dengan permua lain yang diterbitkan oleh Nintendo, Dragalia Lost ketinggalan dari segi pendapatan untuk 5 hari pertama.

Fire Emblem Heroes yang mempunyai bentuk permainan yang sama dengan Dragalia Lost mencatat pendapatan $13 juta(~RM53 juta) dalam masa 5 hari pertama di Amerika Syarikat dan Jepun.

Ini kemungkinan disebabkan Dragalia Lost merupakan IP baharu berbanding Fire Emblem yang merupakan siri permainan popular di kalangan pemain konsol Nintendo.

Dragalia Lost sudah dikeluarkan pada 27 September 2018 untuk iOS dan Android secara percuma akan tetapi setakat ini terhad untuk Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong dan Macau.


TIPS & ULASAN