Mojang minggu ini mengumumkan Minecraft telah terjual sebanyak 154 juta unit. Ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 10 juta unit berbanding Januari lepas.
Selain itu, ketua permainan tersebut Helen Chang juga mengatakan, ia tidak masuk akal untuk menerbitkan Minecraft 2 kerana boleh menyebabkan komuniti Minecraft berpecah. Mereka juga merasakan tidak adil untuk meminta pemain beralih dari Minecraft ke Minecraft 2. Sebaliknya, fokus utama mereka adalah untuk mengekalkan komuniti tersebut.
Walaupun, Minecraft 2 mungkin tidak berlaku, akan tetapi Mojang sebelum ini mengumumkan Minecraft: Dungeons iaitu permainan dungeon-crawler berdasarkan permainan Minecraft.