Informasi Permainan Video Terkini
Sesi Beta Buat Fallout 76 Bakal Bermula Bulan Ini Di Xbox One, Playstation 4 Dan PC
PC

Sesi Beta Buat Fallout 76 Bakal Bermula Bulan Ini Di Xbox One, Playstation 4 Dan PC

Diterbitkan pada Okt 1, 2018 oleh .

Minggu ini, Bethesda Softworks mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sesi percubaan Beta buat permainan Fallout 76 pada bulan ini. Namun, Beta ini hanyalah boleh di akses buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut.

Sesi percubaan Beta buat Fallout 76 akan bermula di konsol Xbox One dahulu pada 23 Oktober ini. Manakala bagi pemain Playstation 4 dan PC, ianya bakal berlangsung pada 30 Oktober.

Selain itu, Bethesda Softworks juga menyatakan bahawa sesi beta tersebut akan terhad dengan hanya empat hingga lapan jam sahaja sehari. Namun buat masa ini, mereka masih belum mengumumkan sebarang masa rasmi.

Tambahan itu, Bethesda Softworks juga berkongsi video pengenalan buat permainan tersebut buat mereka yang tidak sabar untuk bermainnya.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba beta tersebut, anda mungkin berminat untuk membuat pra-tempahan bagi permainan ini bermula hari ini.

Fallout 76 merupakan permainan pasca-apokaliptik seterusnya buat siri Fallout. Ia dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 November 2018.


TIPS & ULASAN