Skip to main content

Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara anugerah PlayStation Awards bagi tahun 2018 di Tokyo, Jepun pada 3 Disember 2018 ini.

Melalui acara anugerah tersebut, pemain di seluruh dunia berupaya untuk membuat undian untuk memilih permainan terbaik di konsol Playstation.

PlayStation Awards merupakan acara anugerah tahunan yang diadakan oleh Sony sejak tahun 1994. PlayStation Awards 2018 merupakan acara ke-24 yang dianjurkan oleh Sony dimana acara tersebut akan memberi kehormatan dekat pembangun permainan sepanjang tahun.

Selain itu, Sony juga akan menganugerahkan “Gold Prizes” buat permainan yang mencapai edaran permainan melebihi 500,000 salinan dan juga anugerah “Platinum Prizes” buat permainan yang mencapai 1 juta salinan yang diedarkan.

Selain daripada anugerah diatas, Sony juga mengumumkan anugerah “PlayStation Network Award” untuk 3 permainan jualan terbaik bersama dengan “Users’ Choice Award” untuk 10 permainan terbaik yang diundi oleh pemain bersama-sama dengan “PSVR Award” dan “Indies & Developer Award“.

Sekaligus, bersempena dengan acara anugerah tersebut, Sony kini membuka undian khas buat permainan terbaik secara umum buat anugerah “Users’ Choice Award” dimana undi dan komen terbaik akan berpeluang untuk memenangi Playstation 4 bersama-sama set Playstation VR dan Playstation Camera.

Undian buat anugerah tersebut kini sudahpun bermula dimana ianya akan ditutup pada 8 Oktober jam 10:59 malam.

Tambahan itu, Sony juga mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan acara tersebut secara langsung pada 3 Disember 2018 ini pada jam 4 petang.

Bagi anda yang berminat untuk membuat undian dan merebut peluang untuk memenangi konsol Playstation 4, anda boleh melayari laman rasmi undian PlayStation Awards dibawah.

[info] Layari : PlayStation Awards 2018 [/info]

Leave a Reply