Jualan Xenoblade Chronicles 2 Melebihi Jangkaan Monolith Soft

Xenoblade Chronicles 2 dikeluarkan oleh Monolith Soft pada akhir tahun lepas secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Melalui temubual bersama USGamer, pengarah eksekutif Tetsuya Takahashi mengatakan penjualan Xenoblade Chronicles secara global adalah baik dan melebihi jangkaan awal mereka.

Selain itu, beliau juga mengatakan berdasarkan jualan di Jepun, DLC penambahan untuk permainan ini iaitu Torna – The Golden Country turut mendapat hasil jualan yang baik.

Namun, apabila ditanya mengenai permainan seterusnya bagi siri ini, beliau mengatakan mereka ingin menghasilkan sesuatu yang berlainan. Walaupun ia adalah berdasarkan siri Xenoblade Chronicles akan tetapi ia akan menjadi permainan yang berbeza.

Sohor Kini