Pada Julai lepas, Funko mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan Epic Games untuk mengeluarkan figura berdasarkan permainan popular pertempuran royale mereka iaitu Fortnite.
Minggu ini, Funko memperlihatkan rekaan untuk figura tersebut. Secara keseluruhan terdapat 14 rekaan berdasarkan kostum-kostum yang terdapat di dalam permainan tersebut.
Antara yang disertakan adalah Omega, Cuddle Team Leader, Love Ranger, Black Knight dan Moonwalker. Selain itu mereka juga mengeluarkan keychain berdasarkan watak Cuddle Team Leader dan Love Ranger.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, figura ini bakal tiba pada pengakhiran tahun ini. Kami tidak menggemari figura rekaan Funko Pop, bagaimana dengan anda?