Assassin’s Creed Odyssey iaitu permainan terbaru untuk siri Assassin’s Creed oleh Ubisoft ini akan dikeluarkan pada 5 Oktober ini. Bersempena tarikh pengeluaran yang bakal tiba tidak lama lagi, Ubisoft turut berkongsi video trailer baharu.

Terdapat 4 edisi yang dikeluarkan untuk permainan ini iaitu edisi biasa, edisi Deluxe, edisi Gold dan edisi Ultimate. Edisi biasa yang mengandungi permainan itu sahaja dijual dengan harga bermula RM209.

Edisi Deluxe mengandungi pelbagai barangan kosmetik di jual dengan harga bermula RM245. Manakala edisi Gold mengandungi permainan serta pas semusim dijual dengan harga bermula RM349. Akhir sekali, edisi Ultimate adalah seperti edisi Gold tetapi turut disertakan kandungan edisi Deluxe dan dijual dengan harga bermula RM385.

Selain itu, pemain yang membeli edisi Gold dan edisi Ultimate dapat bermain permainan ini 3 hari lebih awal iaitu bermula 2 Oktober.

Pas semusim akan mengandungi penambahan DLC penceritaan Legacy of the First Blades, The Fate of Atlantis. Assassin’s Creed 3 Remastered dan Assassin’s Creed Liberation Remastered.

Assassin’s Creed Odyssey akan dikeluarkan pada 5 Oktober ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini