Hari Sukan Negara bakal diadakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Oktober 2018 ini, selain turut berlangsung selari di pelbagai negeri seluruh negara. Selari dengannya, kini ia dilihat Kejohanan E-Sukan akan turut dianjurkan pada Hari Sukan Negara berkenaan.

HSN Malaysia 2018

Sejumlah permainan akan dipertandingkan, termasuk antaranya adalah Mobile Legends : Bang-Bang, CS:GO, Dota2, Arena of Valor, Fifa Online, FIFA 19, dan juga PES. Menariknya, bukan sahaja permainan konsol dan PC dipertandingkan, tetapi juga permua.

Hadiah terkumpul berjumlah RM18,350 disediakan untuk pertandingan e-sukan selama dua hari berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak halaman rasmi HSN2018 di Facebook untuk mendaftarnya, sekaligus menyertai acara e-sukan yang dianjurkan buat julung kalinya selari dengan Hari Sukan Negara 2018.

Sohor Kini