Informasi Permainan Video Terkini
Skullo Mania Versi Wanita Diumumkan Sebagai Watak DLC Buat SNK Heroines: Tag Team Frenzy

Skullo Mania Versi Wanita Diumumkan Sebagai Watak DLC Buat SNK Heroines: Tag Team Frenzy

Diterbitkan pada Sep 30, 2018 oleh .

Sebelum ini, SNK memperlihatkan watak Terry Bogard yang ditukarkan jantina dan tiba sebagai watak tambahan buat permainan perlawanan SNK Heroines: Tag Team Frenzy.

Terkini, dengan kerjasama ARIKA, SNK akan membawa watak Skullo Mania dari permainan Fighting EX Layer sebagai watak baru. Menariknya juga, watak tersebut juga ditukarkan jantinanya sebagai seorang wanita yang mana ianya dilabelkan sebagai Skullolady.

Menurut SNK, watak tersebut akan tiba sebagai watak DLC pada 11 Oktober ini bersama-sama dengan fungsi mengubah-suai kostum watak tersebut. Selain itu, SNK juga membawa pelbagai serangan ikonik watak Skullo Mania yang pasti akan membuat peminat menyukainya.

SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Permainan ini telahpun dilancarkan pada 7 September lepas khas di konsol Playstation 4 dan Switch.


TIPS & ULASAN