ARIKA Mengumumkan Fighting EX Layer Akan Dilancarkan Di PC

Fighting EX Layer merupakan permainan perlawanan yang dilancarkan oleh ARIKA di Playstation 4 Jun lepas. Ianya merupakan permainan yang dibangunkan oleh studio pembangun buat permainan Street Fighter EX.

Terkini, ARIKA mengacahkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di PC melalui Steam, dimana mereka memperlihatkan video permainan Fighting EX Layer yang dimainkan di PC.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan tersebut masih belum diumumkan buat pengguna PC. Tetapi apa yang menariknya adalah video acah yang dikongsikan oleh mereka adalah permainan ini kelihatan akan menyokong resolusi 4k dengan pelbagai tetapan visual grafik.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ARIKA mengumumkannya kelak.

Sohor Kini