Dengan tiadanya acara komuniti Playstation Experience tahun ini, tampaknya segala perhatian akan ke arah Microsoft dimana minggu ini, mereka mengumumkan buat pertama kalinya acara komuniti Xbox, iaitu X018 akan diadakan November ini.

Menurut Microsoft, acara tersebut akan berlangsung di Mexico City pada 10 dan 11 November ini. Tambahan juga, Microsoft juga menyatakan bahawa acara tersebut akan disiarkan secara langsung dan ianya bakal menyertakan pelbagai pengumuman dan sambutan buat konsol Xbox.

Acara ini juga merupakan acara komuniti Xbox pertama yang diadakan oleh Microsoft selain acara E3 yang dilakukan oleh mereka setiap tahun.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan acara tersebut akan diumumkan kemudian dan seperti biasa, kami akan mengemaskininya jika terdapat sebarang pengumuman baru oleh Microsoft.

Sohor Kini