Dengan tamatnya musim ke-5 buat permainan Fortnite minggu ini, Epic Games kini akhirnya melancarkan musim seterusnya buat permainan tersebut dengan menyertakan pelbagai kandungan dan kostum-kostum baru buat pemain.

Melalui musim ke-6 Battle Pass bagi permainan Fornite, Epic Games menyertakan kostum baru seperti kostum Calamity yang mana ianya merupakan kostum progresif buat permainan tersebut, sekaligus semakin banyak pemain main permainan ini, semakin banyak bentuk kostum yang bakal pemain nyah kuncikan.

Namun apa yang menarik adalah kali ini Epic Games menyertakan kostum beg belakang khas buat pemain untuk meletakkan haiwan peliharaan. Melaluinya, haiwan tersebut akan sentiasa menemani pemain sepanjang sesi permainan.

Selain itu, Epic Games juga menyertakan pelbagai kandungan kostum tambahan yang pemain boleh nyah kunci sepanjang peringkat Battle Pass tersebut.

Sememangnya ianya hanyalah satu bentuk kosmetik sahaja dan tidak memberi sebarang kesan terhadap keseimbang permainan. Namun, konsep ini adalah sangat menarik buat mereka yang ingin menghiaskan watak-watak di dalam Fortnite dengan pelbagai pengubah-suaian kostum yang pelbagai.

Bagi anda yang berminat dengan musim ke-6 Battle Pass Fornite ini, ianya boleh mula dibeli sekarang melalui permainan Fortnite dengan harga 950 V-Bucks.

Fortnite merupakan permainan pertempuran royale yang memfokuskan bentuk penembak pandang ketiga. Ianya dibangunkan oleh Epic Games dan ianya telahpun dilancarkan di kesemua konsol dan platform termasuklah versi permua di iOS dan Android.

Sohor Kini