Informasi Permainan Video Terkini
Mojang Umumkan Permainan Minecraft: Dungeons Buat PC
PC

Mojang Umumkan Permainan Minecraft: Dungeons Buat PC

Diterbitkan pada Sep 30, 2018 oleh .

Mojang hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengembangkan lagi permainan Minecraft dengan pengumuman permainan baru buat siri tersebut, iaitu Minecraft: Dungeons. Buat masa ini, Mojang menyatakan bahawa ianya hanya bakal tiba di PC pada tahun hadapan.

Melalui permainan Minecraft: Dungeons, pemain berupaya untuk mengembara di dalam dunia kiub Minecraft secara bentuk pengembaraan Dungeon-Crawler. Pemain akan bertempur dengna musuh, menemui pelbagai jenis senjata dan barangan termasuklah mengembara di pelbagia jenis kawasan.

Menariknya juga, permainan ini juga mempunyai mod multi-pemain dimana pemain boleh bekerjasama bersama rakan-rakan sehingga empat pemain serentak dan mengembara bersama.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsi ataupun sebarang bentuk permainan. Namun, berdasarkan apa yang dipaparkan di video acah permainan tersebut, permainan kelihatan mempunyai visual yang lebih tinggi berbanding permainan teras Minecraft.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah Mojang mengumumkannya.


TIPS & ULASAN