Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Simulasi Rali DiRT Rally 2.0 Diumumkan Oleh Codemasters
PC

Permainan Simulasi Rali DiRT Rally 2.0 Diumumkan Oleh Codemasters

Diterbitkan pada Sep 30, 2018 oleh .

Codemasters minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan simulasi perlumbaan rali, DiRT Rally 2.0 di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun hadapan.

Mellaui permainan DiRT Rally 2.0, Codemasters akan membawa kembali pemain ke beberapa lokasi di seluruh negara dengan pelbagai litar rali bersejarah. Buat masa ini, Codemasters menyatakan bahawa akan terdapat enam lokasi khas yang bakal mereka sertakan.

Menariknya, permainan ini juga merupakan permainan rasmi rali untuk FIA World Rallycross Championship oleh Monster Energy, sekaligus DiRT Rally 2.0 juga akan menyertakan kenderaan daripada musim 2018 ini dan bersama-sama dengan litar rasmi WorldRX.

Tambahan juga, Codemasters juga akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut seperti kenderaan tambahan Porshe 911 RGT Rally Spec. Selain itu, terdapat juga sebilangan kandungan tambahan seperti pas musim dan sebagainya menurut Codemasters.

DiRT Rally 2.0 akan dilancarkan pada 26 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN