Total War: Three Kingdoms Akan Tiba Pada 7 Mac 2019

SEGA hari ini berkongsi trailer baharu untuk Total War: Three Kingdoms. Selain memperlihatkan penambahan kandungan Yellow Turban Rebellion, ia juga menyatakan tarikh pengeluaran untuk permainan tersebut iaitu pada 7 Mac 2019.

Pada Jun lepas, SEGA mengumumkan yang Total War: Three Kingdoms tertunda dari tarikh asal iaitu suku akhir tahun ini. Manakala untuk penambahan kandungan Yellow Turban Rebellion, pemain boleh mendapatkannya dengan pra-tempah permainan ini sebelum dikeluarkan tahun hadapan.

Bagi anda yang berminat, permainan ini kini boleh di pra-tempat melalui Steam dengan harga RM115.

Sohor Kini