Skip to main content

Lords Mobile merupakan permua strategi yang dibangunkan oleh IGG iaitu syarikat permainan video di Singapura. Ia telah dikeluarkan pada tahun 2016 untuk iOS dan Android.

Minggu ini, berdasarkan laporan dan anggaran oleh Sensor Tower, pendapatan untuk permua tersebut telah mencecah $845 juta (~RM3.4 bilion) selepas lebih 2 tahun dikeluarkan.

Permua tersebut juga memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah muat turun pada bulan lepas yang memperlihatkan peningkatan 8.7% berbanding bulan yang sama pada tahun lepas. Setakat hari ini, permua tersebut di anggarkan dimuat turun sebanyak 129 juta kali secara global.

Jika mengikut pendapatan berdasarkan negara, Amerika Syarikat mendahului dengan menyumbangkan 21% pendapatan. Diikuti China dengan 20%.

Leave a Reply