Ubisoft minggu ini memberikan pemain peluang untuk mencuba permainan perlumbaan dalam talian mereka iaitu The Crew 2. Bermula hari ini sehingga 1 Oktober, anda boleh mencuba permainan tersebut secara percuma.
Tawaran ini adalah terbuka untuk pemain di PC sahaja dan pemain perlu memasang klien permainan Ubisoft iaitu Uplay untuk memuat turun dan bermain permainan tersebut.
Semasa sesi percubaan ini, anda dapat mengakses keseluruhan kandungan permainan tersebut tanpa sebarang sekatan. Jika anda ingin membeli permainan ini, ia juga sedang ditawarkan 45% lebih murah iaitu €32.99 (~RM159).
The Crew 2 sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Jun 2018.
[download]Uplay: The Crew 2[/download]