Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Oktober 2018 Diumumkan – Menyertakan Portal Knights, Thumper

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Oktober 2018 Diumumkan – Menyertakan Portal Knights, Thumper

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Oktober 2018 ini.

Sony menyertakan sebanyak lima permainan  dan boleh di muat turun bermula 4 Oktober sehingga 7 November 2018 ini. Permainan yang disertakan adalah;

  • Portal Knights (PS4)
  • Thumper (PS4)
  • Rocketbirds 2: Evolution (PS4, Vita)
  • The Bridge (PS4, PS3, Vita)
  • Master Reboot (PS3)

Tambahan juga, Sony juga akan menyertakan tema khas Totoro buat pengguna Playstation 4.

Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan September, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 3 Oktober ini.


TIPS & ULASAN