Informasi Permainan Video Terkini
NIVEA Men Menganjurkan Kejohanan E-Sukan FIFA Online 3 – Menawarkan Hadiah Terkumpul RM30 Ribu

NIVEA Men Menganjurkan Kejohanan E-Sukan FIFA Online 3 – Menawarkan Hadiah Terkumpul RM30 Ribu

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

NIVEA Men minggu ini mengumumkan mereka akan menganjurkan kejohanan e-sukan untuk permainan FIFA Online 3 iaitu e-MYpadang Championship yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM30 Ribu.

Kejohanan ini akan dibagikan kepada dua bahagia iaitu sesi kelayakan secara dalam talian dan pusingan akhir. Sesi kelayakan akan dibahagikan berdasarkan rantau iaitu;

  • Rantau Tengah (Kuala Lumpur dan Selangor) – 13 Oktober 2018
  • Rantau Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) – 20 Oktober 2018
  • Rantau Selatan (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) – 27 Oktober 2018
  • Rantau Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) – 3 November 2018

8 pemain terbaik dari setiap rantau akan bertanding di peringkat akhir yang akan dianjurkan pada 10 hingga 11 November di Kuala Lumpur.

Pendaftar dibuka sekarang dan ia adalah percuma, namun, anda harus membeli sekurang-kurangnya satu produk NIVEA Men dan resit pembelian harus disertakan semasa pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini anda boleh layari myniveamen.thegamingcompany.co.


TIPS & ULASAN