Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Bakal Membolehkan Dua Akaun Fortnite Digabungkan

Epic Games Bakal Membolehkan Dua Akaun Fortnite Digabungkan

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Sony membuka fungsi rentas platform, Epic Games hari ini, melalui penulisan di Reddit mengatakan mereka bakal membenarkan pemain untuk menggabungkan dua akaun Fortnite mereka dan juga nyah-sambung  akaun dari konsol.

Sebelum ini, pemain yang bermain di PS4 tidak boleh membawa akaun mereka untuk di mainkan di Switch ataupun Xbox One. Sebagai penyelesaian ramai yang membuka akaun baharu dan bermula dari awal.

Kini, dengan perubahan polisi oleh Sony, Epic Games akan membenarkan pemain untuk menggabungkan dua akaun tersebut menjadi satu akaun agar pemain tidak kehilangan segala barangan serta pas semusim.

Manakala jika pemain hanya ingin menggunakan salah satu akaun sahaja, mereka juga boleh nyah-sambung akaun yang tidak mahu digunkan dan menggantikan dengan akaun yang lain.

Ini adalah satu perkara yang positif dan pemain yang mempunyai lebih daripada satu konsol, tidak lagi perlu bermain menggunakan dua akaun berbeza. Permainan seperti Fortnite yang mempunyai pelbagai kandungan di dalam permainan sudah semestinya menantikan fungsi ini.


TIPS & ULASAN