Informasi Permainan Video Terkini
The Last of Us: Outbreak Day – Muat Turun Tema Dan Avatar Secara Percuma Sehingga 28 September 2018

The Last of Us: Outbreak Day – Muat Turun Tema Dan Avatar Secara Percuma Sehingga 28 September 2018

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Setiap tahun pada 28 September, Naughty Dog akan menyambut Outbreak Day bersempena kejadian di dalam permainan di mana cordyceps fungus yang menghasilkan zombie di dalam permainan tersebut tersebar secara besar-besaran.

Untuk tahun ini mereka menyediakan pelbagai barangan untuk peminat siri ini. Antara yang ditawarkan adalah poster, t-shirt, vinyl untuk muzik latar, wallpaper, pelekat untuk iOS, tema untuk Playstation 4 dan avatar.

Bagi tema dan avatar untuk Playstation 4 anda boleh memuat turun secara percuma sehingga 12 pagi 28 September 2018 iaitu tengah malam ini. Selepas itu ia memerlukan bayaran.

Jika anda ingin menghias PC ataupun peranti pintar anda, tersedia juga adalah wallpaper secara percuma. Untuk maklumat lanjut bagi barangan lain yang ditawarkan anda boleh melayari The Last of US: Outbreak Day.

PS Store: Tema The Last of Us 2

PS Store: Avatar The Last of Us 2


TIPS & ULASAN