Sony minggu ini, membuat kejutan apabila mengumumkan fungsi rentas platfrom secara beta dan buat masa ini dibuka untuk permainan Fortnite. Pete Hines iaitu naib presiden pemasaran Bethesda, melalui kuciran di akaun Twitter beliau, memuji perubahan Sony tersebut.

Kuciran tersebut membuatkan ramai pemain menanyakan sama ada Fallout 76 akan menyokong fungsi rentas platform. Sebelum ini Bethesda mengatakan mereka tidak mendapat sokongan dari Sony untuk menyertakan fungsi berikut.

Pete Hines menjelaskan yang walaupun perubahan polisi tersebut berlaku akan tetapi Fallout 76 buat masa ini tidak akan menyokong fungsi rentas platfrom kerana sudah hampir dengan tarikh pengeluaran.

Tambah beliau, ia bukanlah fokus utama buat masa ini kerana ingin memfokuskan pembangunan untuk mengeluarkan permainan tersebut terlebih dahulu.

Kami memahami kesukaran untuk menambah fungsi baharu bagi permainan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Namun, disebabkan mereka menggunakan Sony sebagai alasan sebelum ini, mereka harus menyertakannya apabila Sony membuka fungsi rentas platform kepada semua kelak.

Fallout 76 merupakan permainan pasca-apokaliptik seterusnya buat siri Fallout. Ia dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 November 2018.

Sohor Kini