Informasi Permainan Video Terkini
Sony Kini Membuka Fungsi Rentas Platform Untuk Fortnite Secara Beta

Sony Kini Membuka Fungsi Rentas Platform Untuk Fortnite Secara Beta

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment (SIE) melalui penulisan di blog Playstation hari ini mengumumkan yang mereka kini membuka fungsi rentas platform untuk permainan Fortnite secara percubaan beta. Dengan perkembangan terbaru ini, Fortnite kini boleh dimainkan bersama dengan pemain di platform lain iaitu permua, Switch, Xbox One dan PC.

Selain itu, pemain juga kini boleh menggunakan akaun Fortnite PlayStation 4 mereka di platform lain. Menurut mereka lagi, sesi percubaan beta ini penting untuk membolehkan mereka mencuba sistem yang ada agar ia dapat dimainkan dengan baik tidak kira dari segi teknikal ataupun sosial.

SIE juga mengatakan ini adalah satu perubahan polisi yang besar oleh mereka. Mereka juga sekarang di dalam proses perancangan untuk memastikan mereka dapat menyokong perubahan ini sebaik mungkin.

Ini merupakan satu berita yang baik untuk pemain, kami sendiri sebelum ini meminta agar Sony menyerah kalah dan membuka fungsi ini. Akhirnya, mereka mendengar permintaan pemain.


TIPS & ULASAN