Informasi Permainan Video Terkini
eGG Network Melancarkan Inisiatif E-Sukan Untuk Pelajar Universiti – Alliance of Campus Esports (ACE)

eGG Network Melancarkan Inisiatif E-Sukan Untuk Pelajar Universiti – Alliance of Campus Esports (ACE)

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

eGG Network hari ini melancarkan Alliance of Campus Esports (ACE) iaitu satu inisiatif e-sukan untuk pelajar universiti. Dengan kerjasama bersama Majlis Sukan Negara Malaysia, inisiatif ini adalah untuk menggalakkan perkembangan e-sukan di kalangan pelajar universiti.

Menariknya, ACE tidak memfokuskan kepada atlit e-sukan sahaja tetapi juga memberi peluang kepada pelajar universiti untuk melibatkan diri di dalam penganjuran serta hosting dan casting.

Tiga aktiviti utama untuk ACE adalah Synergy, Championship dan Campus Invasion;

Tujuan Synergy adalah untuk mendedahkan serta mengajar pelajar mengenai pelbagai bahagian di dalam industri e-sukan. ACE Synergy yang pertama telah berjaya dianjurkan di pejabat syarikat pembangun tempatan Gameka pada 18 hingga 19 Ogos yang dihadiri lebih 50 pelajar.

Antara yang datang untuk berkongsi ilmu adalah Weng Lum iaitu Ketua Operasi Tamago, Mervyn Lai iaitu Pengasas AirAsia Saiyan, Narishvin Sukumaran iaitu ketua pengurusan operasi Gameka dan Ong Sau Wai iaitu penerbit eksekutif eGG Netwrok.

Bagi Championship, ia adalah kejohanan e-sukan yang terbuka kepada pelajar universiti dari Malaysia dan Singapura. Kejohanan seterusnya yang akan dianjurkan adalah untuk Mobile Legends Bang Bang dan Dota 2 dengan tawaran hadiah terkumpul RM18 ribu dan RM20 ribu. Pendaftaran untuk dua kejohanan ini masih dibuka sehingga 28 September 2018 untuk informasi lanjut anda boleh layari laman ACE Championship.

ACE Championship akan berfungsi sebagai tempat untuk pemilihan bagi pasukan e-sukan Malaysia. Ia akan bermula pada 6 Oktober sehingga Disember. Kejohanan ini juga akan dianjurkan dengan bantuan pelajar.

Manakala untuk Campus Invasion ia merupakan festival permainan yang akan dianjurkan dengan kerjasama antara kampus yang terlibat melalui kelab yang berkaitan dan eGG Network. Ia adalah bertujuan untuk memberikan pelajar pengalaman menganjur acara mereka sendiri. Jika anda berminat untuk program ini, anda boleh menghubungi ACE menggunakan alamat email ini – [email protected].

Antara syarikat yang membantu untuk menggerakkan ACE adalah KFC, DU Recorder, Tamago, Thermaltake dan Illegear.

eGG Network: Alliance of Campus Esports


TIPS & ULASAN