Semakin banyak permainan klasik yang bakal dipernambah-baikkan tampaknya untuk tahun 2018 ini.
Terkini, Konami mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Castlevania Requiem: Symphony of The Night And Rondo of Blood yang mana ianya merupakan permainan pernambah-baik daripada permainan klasik beberapa tahun lepas di Playstation 1 dan PC Engine.
Castlevania Requiem: Symphony of The Night And Rondo of Blood akan menyertakan dua permainan Castlevania iaitu Castlevania: Symphony Of The Night yang dilancarkan di Playstation 1 pada 1997 lepas dan permainan Castlevania: Rondo Of Blood di PC Engine.
Menariknya, Konami juga menaik-taraf permainan tersebut dengan sokongan visual resolusi 4k dan juga pernaik-tarafan dari segi kawalan dan sokongan bermain bersama Dualshock 4.
Bagi anda yang berminat, ianya akan dilancarkan pada 26 Oktober ini di Playstation 4 dimana anda juga boleh pra-tempahnya sekarang melalui PSN Store.