Dengan pelancaran permainan bola sepak FIFA 19 minggu ini, tampaknya kejohanan buat permainan tersebut semakin kian bertambah dimana sebelum ini kami melaporkan kejohanan FIFA 19 yang bakal berlangsung di Johor hujung minggu ini.
Terkini, Gamers Hideout, iaitu kedai permainan yang ternama di Malaysia akan mengajurkan satu lagi kejohanan FIFA 19 juga pada hujung minggu ini di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Sekaligus buat mereka yang berada di Kuala Lumpur, anda mungkin berminat untuk menyertai.
Kejohanan FIFA 19 tersebut bakal berlangsung pada 28 dan 29 September ini di cawangan Gamers Hideout Sunway Pyramid bermula jam 5 petang sehingga 9 malam untuk hari Jumaat, dan 1 tengah hari hingga 9 malam untuk hari Sabtu.
Dengan kerjasama The Pantheon bersama-sama dengan pemain profesional FIFA, Boon Shin “Shige“, Kathires “InFamous9” dan PRDG|Aksiz_ARIL, pemain berpeluang untuk memenangi sebuah berkas Playstation 4 Slim bersama FIFA 19 dengan bertarung dengan pemain profesional tersebut.
Selain itu, bagi anda yang menyertainya, Gamers Hideout juga akan menyertakan barangan rasmi dari Playstation dan FIFA 19 seperti beg dan sebagainya.
Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut dan termasuklah senarai peraturan yang ditetapakan oleh Gamers Hideout, anda boleh ke Facebook rasmi Gamers Hideout.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba dan bertarung dengan pemain profesional FIFA dan berpeluang untuk memenangi berkas Playstation 4 tersebut hujung minggu ini.