Bermula hari ini, pemilik permainan Gran Turismo Sport akan mendapat kemaskini baharu yang menambah pelbagai kandungan seperti kereta, litar dan acara.
Secara keseluruhan terdapat 9 kereta baharu yang ditambah dan senarai adalah seperti berikut;
- Alfa Romeo GIULIA TZ2 carrozzata da ZAGATO CN.AR750106 ’65 (Gr.X)
- BMW M3 GT (BMW Motorsport) ’11 (Gr.3)
- Mazda RX500 ’70 (N300)
- Plymouth XNR Ghia Roadster ’60 (N300)
- Honda NSX Type R ’92 (N300)
- Nissan Fairlady Z 300ZX TwinTurbo 2 seater (Z32) ’89 (N300)
- Porsche 911 GT3 (996) ’01 (N400)
- Porsche 911 GT3 (997) ’08 (N400)
- Dodge Viper SRT10 Coupe ’06 (N500)
Selain itu, kemaskini ini turut menambah litar baharu iaitu Fuji Speedway. Litar ini dikenali kerana mempunyai permandangan yang cantik sertra bertempat hampir dengan gunung terkenal di Jepun iaitu Mt. Fuji.
Akhir sekali, ia juga menambah tiga acara baharu untuk GT League iaitu The Passion of Dr. Wankel, Real Circuit Tours dan Group 1 Cup. Untuk penerangan lanjut anda boleh melayari laman GT Sport.