Berdasarkan laporan oleh Apptopia, selepas 811 hari dikeluarkan Pokemon Go mencatat pendapatan sebanyak $2 billion(~RM8 bilion) secara keseluruhan. Ini menjadikan permua tersebut ke-3 terpantas untuk mencatat pendapatan sebanyak itu mengatasi permua seperti Clash Royale dan Candy Crush.
Kejayaan ini sudah dijangkakan kerana pada Julai lepas, berdasarkan laporan oleh Sensor Tower, Pokemon Go telah mencatat pendapatan melebihi $1.8 bilion (~RM7.45 bilion) dengan mengutip pendapatan secara purata $2 juta (~RM8 juta) sehari.
Bagi pecahan pendapat mengikut negara, Jepun mendahului dengan 33.5% diikuti Amerika Syarikat 27.5% dan Jerman 4.4%. Dengan Pokemon Let’s Go yang bakal hadir pada 16 November nanti sudah semestinya akan menambah populariti Pokemon Go kerana ia boleh dimainkan bersama.