Skip to main content

Tamago merupakan aplikasi pengstriman e-sukan yang dibangunkan oleh Astro dan Huomao. Tamago memfokuskan kandungan untuk Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Minggu ini mereka mengumumkan penganjuran pertandingan untuk permainan Mobile Legends Bang Bang(MLBB) iaitu Tamago 100 Legends di Malaysia dengan penawaran hadiah terkumpul sebanyak RM370 ribu.

Menariknya, pemain tidak perlu hadir ke tempat kejohanan sebaliknya bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2018, pemain MLBB berpeluang memenangi hadiah wang tunai tersebut dengan menduduki tempat 100 terbaik dan menyiarkan permainan mereka di Tamago.

Untuk menyertai, pemain harus:

  1. Mendaftar di tamago.live/events/100legends
  2. Menambah “Tamago” pada nama hadapan mereka di dalam permainan Mobile Legends
  3. Meraih peringkat setinggi mungkin dalam permainan dan carta pemarkahan Mobile Legends
  4. Menyiarkan permainan mereka di Tamago sekurang-kurangnya dua jam sehari (atau 60 jam sepanjang tempoh pertandingan)
  5. Membawa pulang hadiah wang tunai berdasarkan kedudukan masing-masing di antara pemain lain yang mempunyai “Tamago” pada nama mereka di akhir tempoh pertandingan.

Berikut adalah pembahagian hadiah untuk pemain;

  • Tempat pertama: RM41,400.00
  • Tempat kedua: RM20,700.00
  • Tempat ketiga: RM12,400.00
  • Tempat keempat hingga ke-50: RM4,140.00
  • Tempat ke-51 hingga ke-100: RM2,070.00

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, lawati laman web rasmi di discovery.tamago.live/events/100legends.

Leave a Reply