Informasi Permainan Video Terkini
Fail Simpanan Di Awan Untuk Nintendo Switch Online Akan Disimpan Selama 6 Bulan Selepas Langganan Berakhir

Fail Simpanan Di Awan Untuk Nintendo Switch Online Akan Disimpan Selama 6 Bulan Selepas Langganan Berakhir

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

Melalui kenyataan yang diberikan oleh Nintendo kepada IGN mereka menjawab persoalan ramai mengenai status fail simpanan di awan selepas langganan Nintendo Switch Online berakhir.

Menurut Nintendo, selepas langganan tersebut berakhir mereka akan menyimpan fail simpanan tersebut selama 180 hari dan jika pemain kembali melanggan dalam masa tersebut mereka akan dapat mengakses kembali fail simpanan tersebut.

Jika ini adalah fungsi mereka dari awal, agak aneh kerana apabila ditanya sebelum ini, Nintendo tidak dapat memberikan kata putus sebaliknya terus mengatakan ia akan dibuang. Mungkin, teguran dari pemain membuatkan mereka mengubah polisi ini.

Dengan pengesahan ini, ia menyerupai polisi yang diguna oleh Sony untuk perkhidmatan fail simpanan di awan untuk Playstation Plus. Nintendo Switch Online kini boleh dilanggan oleh pemilik Switch dan meyediakan pelbagai kelebihan.


TIPS & ULASAN