Informasi Permainan Video Terkini
Penjualan Untuk The Walking Dead: The Final Season Dihentikan
PC

Penjualan Untuk The Walking Dead: The Final Season Dihentikan

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

Berdasarkan beberapa laporan semalam, Telltale Games mengatakan mereka sedang mencari rakan kongsi untuk memastikan The Walking Dead: The Final Season boleh disiapkan.

Kenyataan tersebut menerima pelbagai reaksi, ada yang gembira kerana sekurang-kurangnya penceritaan siri tersebut boleh dihabiskan. Namun, ada juga yang berpendapat Telltale Games seharusnya memfokuskan untuk memberi pampasan kepada pekerja mereka yang hilang pekerjaan minggu ini.

Hari ini, walaupun tiada kenyataan rasmi dari Telltale Games akan tetapi permainan tersebut tidak lagi dijual di mana-mana kedai dalam talian seperti Steam, GOG, PlayStation Store dan Xbox Marketplace. Pemberhentian ini kemungkinan bersifat sementara, jika disahkan permainan ini akan diteruskan ia mungkin akan dijual kembali.

Walaupun kami sendiri ingin mengetahui pengakhiran bagi siri ini akan tetapi kami juga berpendapat Telltale Games seharusnya mengutamakan pekerja yang menghasilkan permainan ini berbanding permainan itu sendiri.

Ulasan The Walking Dead: The Final Season – Episod Pertama: Done Running


TIPS & ULASAN