Informasi Permainan Video Terkini
Mark Of The Ninja: Remastered Bakal Dilancarkan Oktober Ini

Mark Of The Ninja: Remastered Bakal Dilancarkan Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami berkongsi Klei Entertainment bakal lancarkan semula permainan Mark Of The Ninja sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol generasi kini.

Terkini, Klei Entertainment akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 9 Oktober 2018 ini.

Mark Of The Ninja: Remastered merupakan permainan aksi pengembaraan 2D platformer  yang mana meletakkan pemain bermain sebagai seorang Ninja. Pemain perlu melengkapkan sebilangan objektif dan bertempur dengan musuh. Pemain juga diberi pilihan untuk membunuh musuh ataupun tidak.

Melalui permainan pernambah-baikkan ini, Klei Entertainment juga akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan dan juga DLC Ninja Special Edition yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan pernambahan penceritaan, barangan bersama watak baru. Selain itu, Klei Entertainment juga mengemaskini dengan sokongan resolusi 4k bersama-sama dengan audio permainan yang dipernambah-baikkan.

Mark Of The Ninja: Remastered akan dilancarkan 9 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN