Arena e-sukan boleh dikatakan salah satu fokus yang diberikan ramai pihak – dari segi penaja, mahupun dari segi sokongan kerajaan. Terkini, Menteri Belia dan Sukan telah pun mengumumkan yang mana tidak lama lagi kita akan melihat hab e-sukan pertama di Asia Tenggara di buka, di Klang, Selangor.

Dinamakan sebagai AirAsia Esports Centre, ia dibangunkan hasil kerjasama pihak AirAsia dan juga Agri Mind (penganjur WESG SEA). Langkah ini juga turut disokong oleh Menteri Belia dan Sukan.

Seperti ramai sedia maklum, AirAsia sebelum ini telah memulakan fokus terhadap arena e-sukan, dan turut telah menaja beberapa pasukan tempatan.

Melalui hab ini, ia dijangka akan menyediakan pelbagai fasiliti untuk e-sukan, selain turut menawarkan sokongan, tempat latihan, dan sebagainya. Secara tidak langsung, pembukaan hab ini juga akan menawarkan lebih banyak peluang kerja baru dalam arena e-sukan di Malaysia.

Tarikh pembukaan rasmi AirAsia Esports Centre ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Sohor Kini