Skip to main content

Permainan Final Fantasy XV sememangnya terkenal dengan kandungan tambahan kolaborasi dari permainan lain. Sebelum ini, kandungan dari permainan The Sims dan juga Assassin’s Creed tiba buat permainan tersebut.

Terkini, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal menerima satu lagi kolaborasi bersama permainan Terra Wars, iaitu permua oleh Mistwalker.

Terra Wars merupakan permua yang dibangun oleh Mistwalker, dimana ianya diketuai oleh pencipta Final Fantasy, Hironobu Sakaguchi. Terkini melalui kandungan ini, pemain berupaya untuk bermain misi tambahan di bahagian 5 permainan tersebut dan mengembara bersama Noctis dan Sara.

Bagi anda yang berminat, anda kini boleh memuat-turun kemaskini terbaru buat permainan Final Fantasy XV dan bermain pernambahan ini secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply