Informasi Permainan Video Terkini
Frostpunk Merima DLC Penambahan Percuma – The Fall of Winterhome
PC

Frostpunk Merima DLC Penambahan Percuma – The Fall of Winterhome

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

11 Bit Studios mengumumkan yang permainan simulasi pembinaan mereka, Frostpunk, akan menerima DLC penambahan percuma iaitu The Fall of Winterhome.

Melalui DLC ini, pemain akan menerima pelbagai kandungan baharu seperti senario, penceritaan, peta dan juga mekanik. Senario merupakan mod permainan yang dimainkan dan mempunyai sasaran tertentu. Manakala bagi penceritaan, ia adalah mengenai bandar Winterhome iaitu bandar yang di cari dalam kempen utama permainan ini.

Frostpunk sebelum ini diumumkan telah terjual sebanyak 250 ribu unit dalam masa 3 hari selepas dikeluarkan. Dengan penambahan ini sudah semestinya akan menarik lebih ramai pemain untuk mencuba permainan yang sudah menerima ulasan yang baik ini.


TIPS & ULASAN