Dengan pelancaran permainan Call Of Duty Black Ops 4 semakin hampir Oktober ini, Activision kini melancarkan trailer khas pelancaran permainan tersebut.
Melalui video ini, Activision memperlihatkan sebahagian bentuk permainan bersama-sama dengan pelbagai senjata yang bakal tiba buat permainan tersebut. Menariknya juga, video tersebut juga memperlihatkan sebahagian bentuk pertempuran royale bersama-sama dengan mod zombi yang bakal tiba secara bersama.
Call Of Duty: Black Ops 4 merupakan siri seterusnya untuk Call Of Duty bagi tahun ini. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak pandang pertama dan kali ini, Call Of Duty: Black Ops 4 tidak mempunyai sebarang mod penceritaan solo dimana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain.
Call Of Duty: Black Ops 4 dirancang untuk dilancarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.