Skip to main content

Sebelum ini, permainan Harvest Moon: Light Of Hope dilancarkan di Playstation 4 dan Switch. Ianya juga dilancarkan di PC melalui Steam. Permainan simulasi berkebun tersebut merupakan permainan keluaran Natsume dan ianya dibangunkan oleh Natsume sendiri, dan bukan lagi pembangun asalnya Marvelous Entertainment.

Terkini, Natsume mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut di peranti telefon pintar iOS dan Android.

Melalui versi permua ini, Natsume membangunkan permainan tersebut dengan sokongan kawalan melalui skrin sesentuh. Namun dari segi kandungan tambahan, Natsume tidak menyatakan sebarang informasi berkenaannya.

Harvest Moon: Light Of Hope merupakan permainan simulasi berkebun dimana anda akan diletakkan di dalam satu perkampungan. Melalui, pemain berupaya untuk membela binatang, menanam pokok dan juga berkenalan dengan penduduk kampung. Selain itu, pemain juga berupaya untuk mengahwini salah satu penduduk tersebut dan membina keluarga bersama.

Bagi anda yang berminat, ianya kini sudah boleh dibeli melalui App Store dengan harga RM59.90. Manakala bagi versi Android, ianya dijual dengan harga RM61.99.

[download] Muat-Turun iOS: Harvest Moon: Light Of Hope [/download] [download] Muat-Turun Android: Harvest Moon: Light Of Hope [/download]

Leave a Reply