Divinity: Original Sin 2 merupakan permainan RPG yang dibangunkan oleh Larian Studio. Ia diterbitkan untuk PC pada September tahun lepas. Manakala untuk Playstation 4 dan Xbox One, ia tiba pada Ogos lepas.
Menariknya, melalui temubual yang dikongsikan oleh Shacknews bersama pengarah penerbitan Larian Studio, beliau mengatakan versi Switch permainan tersebut di dalam perancangan mereka. Namun, tiada perkongsian lanjut yang dinyatakan.
Divinity: Original Sin 2 merupakan sambungan kepada Divinity: Original Sin yang dikeluarkan pada tahun 2014. Permainan ini mendapat ulasan yang baik dan sangat dipuji terutama untuk bahagia pertempuran serta jalan cerita yang mendalam.
Disebabkan ia adalah permainan RPG, sudah semestinya mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Dengan dikeluarkan untuk konsol Switch yang boleh dimainkan secara mudah alih, sudah semestinya akan digemari ramai.