Skip to main content

Blizzard tampaknya bukan sahaja akan melancarkan pistol senjata bersama-sama Nerf mahupun figura-figura berdasarkan permainan Overwatch, malah kini mereka mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan pedang replika khas daripada watak Genji.

Menurut Blizzard, pedang replika tersebut akan dilancarkan pada 15 Disember ini dengan harga $200(~RM826) dan pada pendapat kami sendiri ianya sangatlah murah.

Pedang replika tersebut bukan sahaja bersaiz sebenar iaitu panjangnya sebanyak 48 inci, malah ianya juga mempunyai fungsi lampu LED dengan efek lampu menyala dan juga efek bunyian apabila ianya digerakkan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Blizzard Gear dan membuat pra-tempahan sekarang.

Leave a Reply