Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi ujian atas-talian buat permainan Soul Calibur VI pada hujung minggu ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Melalui sesi ujian tersebut, pemain berupaya untuk bermain mod bertempur secara atas-talian yang mana ianya akan memberi peluang untuk pembangun untuk mengenal pasti sebarang masalah permainan tersebut apabila ianya dilancarkan kelak.

Bagi anda yang berminat, sesi ujian atas talian tersebut akan berlangsung bermula 28 September ini jam 11 malam sehingga 1 Oktober jam 11 pagi pada waktu Malaysia.

Ujian tersebut bakal berlangsung di kedua-dua konsol Xbox One dan Playstation 4 dimana menurut Bandai Namco, ianya boleh mula dimuat-turun melalui PSN Store dan Microsoft Store ketika bermula ujian tersebut.

Bagi pemain Playstation 4, anda tidak memerlukan langganan Playstation Plus untuk mencubanya, namun bagi pemain Xbox One, anda masih lagi memerlukan langganan Xbox Live Gold.

Bandai Namco juga menyediakan panduan khas termasuklah kawalan permainan tersebut melalui laman rasmi Bandai Namco.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.

Sohor Kini