Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Bentuk Permainan Sekiro: Shadows Die Twice Dari PSX SEA 2018 Dipertontonkan
PC

Video Acah Bentuk Permainan Sekiro: Shadows Die Twice Dari PSX SEA 2018 Dipertontonkan

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana ketika acara Playstation Experience 2018 SEA pada Ogos lepas, Activision mempertontonkan video acah khas yang memperlihatkan bentuk permainan Sekiro: Shadows Die Twice.

Sebelum ini, video acah tersebut tidak dikongsikan secara umum dimana ianya hanya khas buat pengujung acara tersebut sahaja. Kini, video di acara tersebut akhirnya dikongsikan melalui saluran rasmi Youtube Playstation melalui rancangan Playstation Underground.

Melaluinya, Activision memperlihatkan watak raksasa besar seakan ular seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini. Sekiro: Shadows Die Twice juga mempunyai bentuk permainan dimana pemain diberi peluang untuk ‘mati’ dua kali sebelum permainan tamat dimana ianya melambangkan nama permainan tersebut.

Bagi anda yang ingin menonton video penuh tersebut, anda boleh menontonnya di video di atas.

Sekiro: Shadows Die Twice merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh From Software dan dilancarkan oleh Activision. Ianya bakal tiba pada 22 Mac 2019 di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN