Informasi Permainan Video Terkini
Penambahan Mod Cerita Dan Mod Sukar Untuk Vampyr Akan Tiba Pada 26 September 2018
PC

Penambahan Mod Cerita Dan Mod Sukar Untuk Vampyr Akan Tiba Pada 26 September 2018

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

Vampyr merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan  oleh Dontnod dan diterbitkan oleh Focus Home Interactive. Ia sudah dikeluarkan pada 5 Jun lepas.

Sebelum ini kami melaporkan yang Dontnod akan mengeluarkan satu kemaskini yang menyertakan dua tetapan kesukaran untuk permainan ini. Minggu ini, Focus Home Interactive mengesahkan yang kemaskini tersebut akan tiba pada 26 September 2018.

Buat masa sekarang permainan Vampyr tidak mempunyai sebarang tetapan kesukaran kerana ia akan bergantung kepada cara pemain bermain. Namun, mungkin mendengar permintaan pemain, dua tetapan kesukaran di sertakan iaitu Mod Cerita dan Mod Sukar.

Mod cerita akan lebih memfokuskan penceritaan dan pertempuran akan dipermudahkan manakala mod sukar akan lebih menyukarkan pertempuran dan juga mengurangkan penerimaan pengalaman.

Kami sendiri sekarang tengah kembali bermain selepas meninggalkan sebelum ini kerana prestasi permainan yang tidak baik. Sayang sekali, walaupun sudah lama dikeluarkan kelancaran permainan masih tidak baik. Kami berharap selain menambah dua tetapan kesukaran ini, ia juga meningkatkan prestasi permainan.

Vampyr sudah dikeluarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC dan sebelum ini diumumkan sudah terjual sebanyak 450 ribu unit dalam masa sebulan.


TIPS & ULASAN